NEWBORN BABY CRY & SLEEP PEER COUNSELLOR (NBCPC)

NBCPC adalah penasihat terlatih yang telah lulus program Rakan Penasihat Tangisan & Tidur Bayi kendalian Baby Language dan Baby Cry Support Center.

Setiap dari mereka mendapat didikan dan tunjuk ajar langsung daripada kaunselor tangisan dan tidur bayi Malaysia iaitu Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib yang telah merintis bidang tangisan dan tidur bayi di Malaysia sejak 2010.

Menariknya, barisan NBCPC ini calang-calang latar belakang mereka. Pasukan ini terdiri dari doktor perubatan, jururawat, kaunselor laktasi, pensyarah, ahli kimia, pegawai bank, jurutera, pelatih pendidikan awal kanak-kanak,pegawai sains pemakanan , ahli terapi dan ‘confinement lady’🌈🌈🌈☄️☄️☄️

Baby Language tumpang bangga memiliki pasukan dengan kelayakan bidang profesional yang pelbagai.

Tidak terhad mengajar bidang tangisan dan tidur bayi newborn saja, mereka semua ini turun pandang membantu para ibubapa dengan pentauliahan lain yang memang telah sedia ada di bahu masing-masing.

Setiap seorang dari mereka di bawah pemantauan Puan Uswatun sendiri dan setiap permasalahan ibubapa yang mereka kendalikan akan dirujuk kepada beliau andai mereka kurang pasti dengan sebarang perkara.

Besar harapan kami agar setiap negeri miliki wakil NBCPC pada suatu hari nanti. Yang pasti, senarai NBCPC ini akan terus bertambah dan kami sentiasa akan ‘update’ penambahan NBCPC terkini dari masa ke semasa.

Buat masa ini, ayuh, kita raikan kehadiran setiap seorang NBCPC yang telah semangat untuk berkhidmat kepada ibubapa Malaysia. Setiap dari mereka boleh di hubungi menerusi info yang dinyatakan.

Let’s fly high together 🌹

Shopping Cart