“Penat sangat menghadap drama tidur anak yang dah berlanjutan sampai lah usia berbulan – bulan malah tahun !”
Jam tidur tunggang langgang. Tak pernah tentu time tidurnya…
Bukan main susah nak kasi tidur. Berjam-jam berjaga tak mahu tidur…
Asal nak tidur mesti mengamuk teruk dan lama…
Bangun malam terlalu banyak kali macam newborn padahal dah besar…
Nak berteman, berpeluk, beriba ,bergendong dan mengempeng. Asal mak tinggal, mata anak pun celik…
Anak dah berat, badan macam nak patah mendodoi dan mengendong untuk anak boleh tidur. Nak buat kerja rumah pun susah…
Tak tahu cara nak cerai buai…
Pening lah anak dah melekat sangat dengan puting sampaikan bila puting jatuh je, dia terjaga…
Anak dah pandai menjawab dan memprotes bila di ajak tidur sekarang ni…
Macam mana ye nak ajar tidur di katil dan bilik sendiri?…
Hapuskan semua masalah ini dengan ilmu sleep training
ANTENATAL CLASS
SLEEP TRAINING CLASS
BUKU ANTENATAL MALAYSIA:
KITAB IBU HAMIL, MELAHIRKAN & BERPANTANG
MENGAPA BAYI NEWBORN (0-3 BULAN) ANDA
MENANGIS & SUSAH TIDUR
Kegembiraan anda menyambut kelahiran anak bakal bertukar stress jika tak miliki ilmu dari buku ini!
0-3 bulan mungkin kedengaran tempoh yang pendek
Tapi fasa terawal yang ‘brutal’ ini mampu mengheret ramai ibubapa baru ke fasa keletihan melampau, kekurangan rehat dan tidur yang sangat banyak, kegagalan penyusuan ibu, stres dan depresi, ketegangan hubungan keluarga malah boleh membawa ke tahap penderaan bayi.
Mengapa bayi newborn perlu lahir dalam keadaan belum bersedia?
Apa bukti mereka belum bersedia dilahirkan pada usia 9 bulan kandungan?
Apa solusi untuk mudah tenangkan bayi dan bantu mereka tidur lebih baik ?
Terokai ilmunya dari buku ini dan cari jawapan kepada soalan besar:
“Mengapa Bayi Anda Menangis dan Susah Tidur”
INI BUKU WAJIB ADA BUAT SEMUA IBUBAPA DAN PENJAGA BAYI 0-3 BULAN
INI BUKU PALING BERMAKNA SEBAGAI HADIAH MENYAMBUT KELAHIRAN!
KITAB TIDUR ANAK MALAYSIA
Anak-anak di bawah usia 6 tahun perlukan 12-17 jam sehari khusus untuk tidur sahaja.
Ia suatu jumlah yang amat tinggi. Lebih setengah hari!
Bukan hanya kuota yang tinggi, anak kecil di bawah usia 3 tahun perlu ulang tidur berkali-kali sepanjang hari. Ini semua demi perkembangan tumbesaran, kesihatan dan kemampuan belajar serta meneroka dunia anak kecil. Ia juga demi kerehatan dan kesihatan mental ibu bapa serta penjaga.
Pengalaman penulis selama 13 tahun dengan ilmu dari 5 sijil pentauliahan antarabangsa telah memberi inspirasi kepada beliau untuk menghasilkan “Kitab Tidur Anak Malaysia” ini dengan misi untuk melihat jutaan ibu bapa & penjaga di Malaysia yang sengsara, tidak gembira dan stres dalam menghadapi masalah tidur anak, terbantu.
Bila tidur anak bagus, semua orang gembira. Jadilah ibu bapa & penjaga yang gembira. Terokai ilmunya dari buku ini; “Kitab Tidur Anak Malaysia.”