JOM UBAH MINDSET TAHUN INI

💪Jika kita boleh:

☑️Bergayut di telifon atau keluar lepak dengan rakan untuk hiburkan hati yang resah

☑️Menangis sampai basah bantal sehingga lega

Menulis suapan atau merekod video geramkan sesuatu untuk di kongsi upload di FB, IG, Tik Tok, WhatsApp Group, YouTube dan Telegram

☑️Layan dengar lagu bila rasa cemas

☑️ membatu kunci mulut, left group atau unfriend seseorang di media sosial kerana marah

☑️ Berdoa, berzikir atau cuba bernafas dengan tenang ketika ketakutan

Dan lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi…

Eh kenapa pula bila anak kecil menangis kita:

⚡ Tengking suruh diam

⚡ Give in atau turutkan saja kehendaknya walau mengarut dan tak patut asalkan dia diam

⚡ Segera sumbat mulutnya dengan susu dada, puting tiruan dan botol susu berkali-kali setiap kali dia menangis dan merengek sepanjang hari

⚡ Marah dan salahkan batu, tunggul kayu, selipar dan objek tak bernyawa di sekeliling yang buat anak kita sedih kerana terjatuh, tersadung, tersepak dan terluka.

⚡ Seksa diri menahan rasa nak ke tandas atau ke dapur untuk makan kerana anak yang tak boleh ditinggal, menahan sakit pinggang memeluk anak yang memang tak akan duduk di car seatnya di sepanjang perjalanan dan menahan letih badan memangku anak yang hanya mahu tidur beriba selama berbulan-bulan.

****

Anak kecil belum tahu pelbagai cara ‘coping skills’ (skil mengurus dan menggendalikan sesuatu perasaan) seperti mana kita lalu mereka menangis ‘untuk semua benda’.Siapakah yang paling layak membantu anak kecil belajar kenalpasti jenis emosi dan belajar kendalian emosinya SECARA SIHAT JIKA BUKAN IBUBAPANYA SENDIRI ❓

Nak anak cerdik emosi❓Nak anak berkembang sihat hati dan mental❓Ia bermula dengan ANDA ❗

✍️ USWATUN HASANAH MOHD HABIB

KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYIPANEL DOKTORBUDAK.COM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart