ANAK MENYUSU BADAN KERAP BERJAGA MALAM

Kerap kali kita disajikan dengan: “Anak BF kerap bangun malam itu perkara biasa”

“Bukan lama pun nak kena tahan bangun malam. Tahu-tahu anak dah besar. Sabarlah. Bukan semua orang dapat anak”.

🤧Saya tanya anda, jika anda memilih untuk menyusukan anak dengan susu badan (selepas ini saya gunakan singkatan BF), bertekad untuk meneruskan BF sehingga 2 tahun dan bercadang memiliki 4 orang anak, adakah anda mahu menghabiskan 8 tahun seterusnya dengan tidur malam yang teruk?.

Ya, ‘teruk’ itu subjektif. Ada orang yang tiada masalah dapat tidur sedikit, tiada masalah menghadap insomnia. Namun bukan semua. Kita bakal berjumpa ramai orang dengan pelbagai gaya hidup dan cabaran kehidupan yang membuat mereka sangat perlu kepada tidur malam yang bagus kerana ITULAH SAHAJA MASA REHAT SEBENAR YANG MEREKA ADA.

Menjadi ibubapa memang sukar. Namun ia tak bermaksud kita harus sentiasa dalam kesusahan setiap masa dan setiap hari. Tuhan tidak kejam dan ini di buktikan dengan hebatnya sifat tidur dan sifat susu ibu yang diciptakanNYA!.

⛔ NAIK TURUN kualiti tidur anak pada 3 tahun pertama adalah perkara BIASA akibat faktor membesar. Perkembangan mental dan ‘growth spurt’ akan beri kesan kepada hormon dan emosi anak lalu mengganggu lena anak.

⛔ Semua kajian tidur (antara rujukan, kellymom.com: studies on normal infant sleep) membuktikan, % terbesar kepada faktor anak kerap berjaga malam adalah KERANA ‘MASALAH” TABIAT TIDUR DAN BUKAN KERANA FAKTOR LAPAR. Majoriti anak terjaga malam dan menangis adalah kerana tidak tahu cara untuk kekal lena tanpa bantuan ibu/alat DAN tidak tahu cara untuk kembali sambung tidur bila terjaga.

⛔ Anak ‘independent sleeper’ iaitu yang dilatih untuk kurang bergantung kepada bantuan ibu atau alat untuk tidur, jarang/kurang berjaga malam untuk bantuan tidur sepanjang membesar.

➡ Maka, jika anak kerap berjaga malam itu bukan satu masalah untuk anda, silakanlah. Tiada masalah dan tak perlu di ubah. Yang menjadi masalahnya ialah BILA SESEORANG ITU MERASAKAN MEMANG ITULAH SAJA CARA YANG ADA DAN SEMUA ORANG HARUS MELALUI CARA YANG SAMA 🤢🤧

Fakta ringkas tidur dari rahim hingga dewasa:

💙 Fetus tiada hormon tidur. Fetus ‘pinjam’ hormon tidur ibu semasa di dalam kandungan. Ini kerana kelopak mata fetus kekal tertutup sehingga usia 26 minggu. Selepas usia itu, walau fetus sudah buka mata, pemandangan didalam rahim amat terhad. Jumlah cahaya juga sangat sedikit. Bila tidak cukup cahaya = retina mata gagal kesan naik turun jumlah cahaya = retina tidak dapat sampaikan maklumat kepada kelenjar Pineal samada untuk hasilkan hormon tidur (Melatonin) atau tidak.

💙 Bayi perlu sekurang-kurangnya 12 minggu selepas lahir untuk mula hasilkan Melatonin (hormon tidur) dan ada kitaran Circadian (jam biologi) yang agak stabil. Ini punca mengapa bayi di bawah 12 minggu keliru waktu (beza siang dan malam). Selepas dari usia ini, kitaran hormon makin stabil. Maka kerana itu, jadual tidur di saran mula di buat seawalnya pada 3 bulan ke atas sahaja.

💙 Pecahan tidur bayi 0-3 bulan ialah 50% light sleep (REM): 50% deep sleep (NREM). 20-30 minit pertama ialah REM dan 20-30 minit seterusnya NREM. Maka, 1 kitaran lengkap tidur bayi 0-3 bulan ialah sekitar 40-60 minit. Adakah ini bermaksud bayi perlu berjaga selepas setiap 40-60 minit? Oh tak semestinya. Ada banyak faktor yang menentukan samada bayi akan berjaga selepas hanya 1 kitaran atau dapat terus sambung tidur. Misalnya; lapar, alat bantu tidur (sleep props) yang tak cukup, terlalu letih (overtired), tidak tahu cara nak sambung tidur, tak selesa atau memang dah puas tidur.

💙 Menjelang 4 bulan, dianggarkan ‘light sleep’ (REM) bayi jatuh ke 33% dan corak tidur bayi mula bergerak ke arah tidur orang dewasa: iaitu tidur siang makin sikit dan tidur malam makin panjang. Saintis anggarkan sekitar usia 3 tahun, majoriti anak telah pun memiliki kitaran tidur orang dewasa.

🔜🔜 Dengan fakta ini, maka sebab itu, ~ 75% bayi sudah boleh tidur ‘sepanjang malam’ menjelang usia 6 bulan tanpa perlu bangun untuk menyusu samada BF atau tidak (rujuk: Children’s National Sleep Centre, National Sleep Foundation). Mengapa? Kerana kitaran tidur bayi telah makin matang dan hormon tidurnya telah elok berfungsi!. SEPANJANG MALAM BAYI DIKIRA DARI 12 MALAM -5 PAGI SAHAJA ye. Jangan pula pandai-pandai kata dari 7 malam – 7 pagi esoknya. Itu mengarut sangat. 12 malam -5 pagi mungkin kelihatan sedikit. Tetapi, tanyalah kepada mana-mana ibu, jika mereka dapat tidur 5 jam ini tanpa gangguan; memang masyuk!. 💆💆💆

Faktanya lagi, jika bayi masih bangun untuk BENAR-BENAR menyusu, maksimum 2x dalam tempoh 5 jam tersebut, atau 1x hingga usia 3 tahun, ia masih normal.

Yang ‘tak normal’ ?:

🚩Jika bayi sudah 6 bulan ke atas, tetapi masih bangun sangat kerap (lebih 2x) dalam tempoh 5 jam itu (mengalahkan bayi newborn pula!. Padahal perut bayi 6 bulan ke atas lebih besar ..tak patut..tak patut🤐)

Dan/atau

🚩 Bangun bukan benar-benar untuk menyusu: ‘main-main’ atau minum sangat sedikit/sekejap. (Ia serupa dengan kes bangun hanya kerana mahu ibu sambung tepuk dan dodoi untuk boleh sambung lena)

‘Tak normal’ itu kerana kelakuan tersebut ‘tidak padan’ dengan hakikat:

☑ Kitaran tidur dan hormon yang semakin matang seiring peningkatan usia.
☑ Kemahiran menenangkan diri, kemahiran motor dan kemantangan mental bayi yang meningkat.

HAL INI DISOKONG OLEH KEAJAIBAN SUSU IBU SERTA SISTEM BAYI ITU SENDIRI!

🏆Susu ibu yang ajaib ini mempunyai komposisi nutrisi, enzim dan hormon yang berbeza-beza di antara waktu pagi, petang dan malam. Komposisi susu badan paling tinggi dicatatkan adalah diantara 8 malam- 8 pagi. Ia lebih padat dan lebih mengenyangkan dan SEHARUSNYA LEBIH MELAMBATKAN BAYI DARI TERJAGA AKIBAT LAPAR.

⏩ Kajian buktikan bayi BF punyai corak tidur dan kitaran bangun-tidur yang lebih baik dari bayi FM (ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16380706).

🏆Susu ibu mengandungi Triptophan iaitu sejenis asid amino penggalak tidur yang tinggi kandungannya pada waktu petang dan memuncak di tengah malam.

⏩ Ujikaji saintis memberi bayi minum susu ibu yang di perah pada waktu petang&malam menunjukkan bayi tidur lebih panjang. Malah, bayi BF yang disusukan pada waktu petang/malam secara puratanya tidur 40-45 minit lebih lama dari bayi FM (ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17700096)

🏆Tryptophan yang tinggi dalam susu ibu pada waktu petang- malam ini mempercepatkan penghasilan Melatonin, iaitu sejenis hormon yang mempromosi rasa mengantuk (Coher Engler Et Al 2012)

⏩ BF juga ada CCK (cholecystokinin) iaitu hormon penggalak pencernaan lemak dan protein yang tinggi pada 2 waktu berikut: di akhir penyusuan & 30-60 minit selepas penyusuan. Maka ibu dan bayi cepat rileks untuk tidur juga tidur lebih lena (Australian BF Assc Page)

🏆Bukan hanya Tryptophan dan Melatonin sahaja bahan penggalak tidur yang tinggi kandungannya dalam susu ibu pada waktu malam, tetapi ada beberapa lagi nucleotides lain yang hadir bagi membantu rasa ‘rileks’ dan memperbaiki mood untuk memudahkan bayi lena. Antaranya 5’UMP dan 5’AMP.

⏩ Sepasukan saintis pernah cuba memasukkan 5’UMP dan 5’AMP ini ke dalam susu formula dan memberikannya kepada bayi untuk minum sepanjang 6 petang – 6 pagi. Hasilnya? Bayi terlelap lebih cepat dan tidur lebih lama. ( Nutritional Neuroscience, vol 28 page 360)

🚩KESIMPULAN:

⚠ Anda boleh terus BF anak anda selama mana yang anda mahu namun tetap menikmati tidur malam yang bagus 💪

⚠BF anak sebelum & untuk tidur itu PERLU & PATUT DI LAKUKAN. Semua anak perlu rasa kenyang untuk dapat tidur. Namun anak BF boleh lena tanpa perlu melekat di dada ibu jika ibu belajar cara tidurkan bayi yang betul. Ilmu BF + tangisan bayi + tidur bayi perlu seiring.

Dada ibu = tempat makan & buat anak tenang serta selamat itu benar. Dada ibu = ‘katil/tempat tidur anak’ itu tak semestinya benar.

1 thought on “ANAK MENYUSU BADAN KERAP BERJAGA MALAM”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart