AJAR ANAK ‘BEHAVE’ MAKAN TANPA BANTUAN GADJET

Lumrah untuk ibubapa sama generasi dengan saya atau yang lebih berusia dari saya TIDAK 🙅‍♀🙅‍♂ membiarkan anak-anak makan dengan gadjet 📱 sebagai alat pancing anak ‘behave’ masa makan.

Almaklumlah pada zaman itu gadjet masih mahal 💰💰💰dan bukan hal biasa di miliki ramai orang di merata – rata.🙆‍♀️🙆‍♀️

📝Ini sedikit tips buat anak ‘behave’ di tempat makan/meja makan yang mungkin berguna untuk yang memerlukan.

1️⃣ CIPTA WAKTU MAKAN YANG SERONOK

Fitrahnya, semua anak sangat sukakan perhatian dan rangsangan dari orang keliling. Jika ibubapa hanya berborak sesama sendiri atau masing-masing sibuk melayan telefon 📱 sambil makan, tentulah anak jadi bosan.💁🏻‍♀️ Mulalah mereka nak melasak atau ‘buat perangai’ untuk tarik perhatian. 🤦🏻‍♀️

Maka, jika ibubapa 👩‍❤️‍👨 mahu anak ‘behave’ , ibubapa TERLEBIH DULU perlu bersedia untuk simpan telefon 📱 dan betul-betul terlibat dengan acara makan.

Amat bagus bila sesebuah keluarga itu ada peraturan ‘tiada gadjet 🙅‍♀📱 di meja makan’ di mana SEMUA orang termasuk ibu dan ayah juga perlu patuh. Anak-anak belajar dari contoh, maka tunjuk contoh yang anda ingin lihat. 😉

Antara manfaat TERBESAR waktu makan ialah anak belajar tatabahasa dan perkataan baru. Maka berbual tentang nama makanan, rasa makanan tersebut, adab makan dan cara bercakap untuk meminta makanan misalnya sebut ‘tolong’ jika mahu orang bantu ambilkan sesuatu.🧏🏻‍♀️

Ha..bukan setakat kenyang ya 😋, bijak dan pandai adab pun dapat sekali 🏆

Saya suka berikan anak buku 📖 menu ketika kami memilih makanan walau saya tahu mereka belum pandai membaca. Buku menu itu bukan untuk mereka pilih makanan tetapi untuk mereka lihat gambar, 🍟🍝🍜🍖🍛 bertanya tentang apa-apa yang mereka rasa tertarik dengan buku itu dan paling penting, sekadar buat mereka rasa penting bila turut dapat buku menu macam ibu dan ayah.🥰🥰🥰

Ada masa kami main suap-suap makanan di mana saya sengaja minta anak yang suapkan ke mulut saya atau sengaja minta anak sendukkan kuah, koyakkan sikit roti canai atau hulurkan air buat saya. ‘Anything and everything’ untuk buat mereka ‘sibuk’ ketika di meja makan. Sibuk yang seronok 🤩❗️

2️⃣ SET JANGKAAN YANG BETUL

Bila saya sebut perkataan ‘behave’, ia BUKAN bermaksud anak duduk diam macam patung 🧸 di tempat duduknya. Nama pun anak kecil. Setakat terjatuhkan sudu garfu 🥄🍽 atau tertumpahkan air atau terkecahkan meja dan baju itu hal biasa.

🙅‍♀ Maka janganlah dek tak mahu acara makan jadi kotor langsung sampai ibubapa buat anak rimas berada di meja misalnya dengan marah-marah, membebel, asyik mengelap mulut dan tangan anak setiap saat atau halang kebebasan anak untuk ambil dan suap makanan sendiri akibat tak mahu berkecah dan menambah kerja mengemas ibu.

Ibubapa mesti bezakan apa kelakuan yang diterima ✅ atau tak diterima ❌️ di meja makan. Jika anak sengaja baling-baling makanan atau mahu duduk diatas meja atau berlari keliling meja, ini tentulah perlu di halang 🙅‍♀🙅‍♂👎 dan di betulkan.

Sama juga jika makanan yang dipesan lambat tiba. Usah 🙅‍♀🙅‍♀🙅‍♀ paksa anak duduk di kerusinya disepanjang waktu menunggu. Itu tak realistik untuk tahap sabar anak kecil. Bila berada di dalam situasi perlu menunggu makanan tiba, saya atau suami (salah seorang) akan bergilir bawa anak berjalan 🚶‍♀sekeliling kedai untuk isi masa ⏰ anak. Kami pantau saja sambil biar anak lepas bebas hiburkan hatinya. Bila makanan tiba, kami akan dengan gembiranya sebut ‘Yeay, 🤗🤗🤗 makanan dah sampai!’ dan ajak anak lumba lari ke meja makan.🏃🏻🏃🏻🏃🏻

Atau, sering juga kami bercerita atau main game di meja makan sementara menunggu makanan andai terasa malas nak bergerak dari tempat duduk. ☺️☺️☺️

3️⃣ PILIH KEDAI MUDAH ATAU MESRA BUDAK 👶🏻👦🏻👧🏻

Kalau ikutkan senarai peribadi kami, ini sebenarnya jatuh di tempat pertama❗️ Kami sejenis ibubapa yang akan elak pergi ke tempat viral, ramai orang dan perlu menunggu lama. Itu cari nahas namanya 😅

Kami akan cari tempat yang sejuk ❄️❄️ (ni wajib), tak ramai orang dan tak ada rekod perlu tunggu lama. Tak viral pun tak apalah. Asal sedap dan mampu milik.😋😋😋👍👍👍

Mungkin sebahagian orang akan cakap, “Kalau begitu, mana 🤷🏻‍♀️seronoknya ‘dine out’ jika awal-awal kena tapis faktor itu dan ini? Lebih baik makan kat rumah 🏠 je kalau nak aman tenteram…”

Jawapan saya mudah saja (jika orang tak setuju pun tak mengapa): bila kami pilih untuk ‘dine out’ bersama anak-anak , ia untuk beri PENGALAMAN buat anak-anak. Bukan untuk kami sangat. Ia satu proses pelajaran hidup yang penting buat anak-anak. Iaitu bersosial di tempat awam. ☺️☺️☺️

Jika kita simpan saja anak kita dirumah 🏡tanpa dedahkan mereka dengan pengalaman sebenar acara ‘makan di luar’ atau ‘di tempat orang’ atau ‘di majlis orang’, bagaimana mereka boleh tahu buat❓

Oleh kerana ianya SATU PROSES belajar buat anak, maka seperti mana-mana proses belajar lain di dunia ini, PERLU MULAKAN DENGAN BAB YANG MUDAH. Maka ini punca ketika anak masih kecil, kami sengaja pilih ‘tempat makan yang selamat’ agar ia jadi pengalaman yang lancar buat kami sekeluarga.

Percayalah, bila anak -anak TELAH BIASA, maka ketika itu akan jadi lebih mudah jika nak cuba bawa mereka ke tempat yang ‘lebih berisiko’ pula kerana mereka telah tahu apa yang perlu di jangka, serba-sedikit.

:
:
Its OK jika ada masanya anda perlu gunakan gadjet untuk beli masa ⌛️ dan tumpuan ⚠️ anak SELAMA anda tahu, kuasa anda sebagai ibubapa tidak kalah 🙅‍♀ dengan kuasa gadjet 📱.

Namun jika sampai ke tahap anda rasa, anda sebagai ibubapa tak boleh ❌️ ‘function’ dan tak tahu nak buat apa untuk kawal anak, ANDAI tak harapkan bantuan gadjet, maka anda perlu buat sesuatu untuk ubah hal ini, hari ini.😉😉😉

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart