Saya yakin HAMPIR SEMUA ibubapa TERMASUK SAYA pernah menerima komen-komen sebegini.
Samada ia dibuat atas niat:
baik nak beri semangat
nak suruh berfikiran positif
…realiti yang NYATA ialah:
ia tak selesaikan masalah yang jadi beban pengadu
atau/dan
buat pengadu rasa takut nak jujur tentang perasaan sebenar (pendam rasa)
atau/dan
buat pengadu rasa teruk sebagai individu e.g “tak reti bersyukur” atau teruk sebagai ibuayah e.g “jahatnya nak rasa macam tu dengan anak sendiri”.
INILAH positif toksikKerana ia MEMENUHI KESEMUA ciri berikut:
Menafikan perasaan jujur yang dirasakan seseorang/diri sendiri.
Memaksa diri/seseorang untuk kekal positif SETIAP MASA
Berat sebelah dalam melabel emosi: sedih, geram, kecewa = negatif VS gembira, teruja, bersemangat= positif. Sedangkan semua emosi adalah emosi, tak kira apa pun ia.
Ramai LUPA :
Kegembiraan sebenar TIDAK hadir dengan cara memendam emosi yang di anggap ‘negatif’. Erti ‘hidup gembira’ lebih dari sekadar ‘semuanya OK’.
Gembira bukan bermaksud TAK PERNAH SEDIH dan orang yang SEDANG sedih atau down BUKAN semestinya bermaksud hidupnya tak gembira.
KETIKA seseorang mengalami hari yang teruk atau fasa di mana emosinya kacau dan dia perlu untuk mengadu, apa yang dia perlukan PADA KETIKA ITU adalah:
pengesahan tentang perasaannya, rasa didengari dan merasa penting
ITU SAHAJA Dan yang dia harap untuk dengar adalah sesuatu seperti:
”Aku nampak kau sedih sangat ni, macam mana cara aku boleh bantu kau?”
”Awak penat urus rumah dari pagi sampai malam, saya akan kekal jadi teman meluah dan bersedia bila-bila masa awak perlukan saya”
Ya, KITA TAK PATUT kekal dalam perasaan atau fikiran sedih terlalu lama TETAPI kita JUGA TAK PATUT ABAIKAN PERASAAN sedih dan ‘tak best’ itu, sehingga berlagak seolah-olah semuanya OK dan bagus setiap masa.
Semua orang ada masa ‘down’ dan ada masa rasa bagai di awan. Itulah kehidupan. Rasakan emosi TETAPI pilih untuk bertindak dengan akal. Emosi tak pernah salah, namun tindakan kita ke atas emosi itu yang perlu sesuai.
USWATUN HASANAH MOHD HABIB BUKAN AHLI PSIKOLOGI TETAPI KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI YANG ‘SERAM’ DENGAN TREND TOKSIK POSITIF✌️