Tidur Meniarap & Mengiring LEBIH MUDAH tercekik susu

Tidur Meniarap & Mengiring Buat Bayi Lebih Lena❓ Yes, namun ia ada risiko buat bayi ‘lena selama-lamanya’ 😰

Sudah berdekad-dekad pakar pediatrik seluruh dunia berjuang menyelamatkan nyawa bayi dari kes kematian mengejut (SIDS) yang mana penyumbang terbesarnya ialah menidurkan bayi kecil secara meniarap!

Kempen pertama oleh Akademi Pediatrik USA (AAP) pada 1992 ialah menyarankan bayi kecil tidur secara terlentang sahaja. Selepas kejayaan penurunan kes sehingga hampir 70%, kempen kebangsaannya di mulakan pula pada 1996 yang terus menyaksikan penurunan kes sebanyak 24% lagi. Kempen ini sejarah yang besar.

Mana-mana individu yang mengajar bab tidur bayi namun tidak tahu atau tak menekankan sejarah ini ,maka ia sesuatu yg tak kena kerana sejarah ini terlalu di kenali ibarat ABC bab tidur bayi.

Pada 2010, SIDS masih membunuh 2000 bayi dan masih pembunuh utama bayi sihat berusia 0-12 bulan (AAP News&Journal, January 2016, volume 137. National Institute of Children Health and Dev. USA).

Maka, UNTUK BAYI KECIL 🔥YANG BELUM MAHIR MENIARAP DENGAN SENDIRI🔥 HANYA BOLEH TIDUR SECARA TERLENTANG.

Faktor lain yang menambah risiko lemas adalah:

⛔️permukaan meniarap yang menekan tulang dada bayi kecil yang masih lembut menyempitkan laluan pernafasannya.

⛔️ tilam yang lembut atau cadar/lapik tilam yang mudah terkumpul di kawasan muka bayi yang meniarap

⛔️ jeluak yang berjaya keluar ikut mulut atau hidung mudah berkumpul di kawasan hidung bayi yang meniarap

Bagi bayi yang ✅TELAH MAHIR MENIARAP DENGAN SENDIRI✅ TIADA MASALAH untuk bayi tidur meniarap kerana faktanya kadar SIDS menurun 80% di kalangan bayi yang telah mahir tiarap.

Kerana bayi-bayi ini telah mempunyai kekuatan koordinasi kawalan otot bagi ‘menyelamatkan’ diri seperti mengangkat kepala cukup lama dan cukup tinggi (melepasi tulang dadanya) jika tersembam di gumuh sendiri atau merasa lemas (akibat tekanan permukaan).

Malah, tak logik jika ibubapa asyik perlu membalikkan badan bayi yang dah kuat tertiarap ini. Tak mungkinlah ibu perlu berjaga sepanjang waktu anak tidur bagi tujuan terlentangkan kembali anak,setiap kali anak tertiarap. Itu tak ada kerja namanya 😄.

Kesimpulannya: Bayi BELUM mahir meniarap 🟰 tidur terlentang. Bayi TELAH MAHIR MENIARAP 🟰 tiada masalah tidur apa juga posisi.😊

✍️ USWATUN HASANAH MOHD HABIB

Konsultan Tangisan & Tidur Bayi

DBL INSTITUTE

THB EDU ASSC

SLEEPSMART EDUCATION

THE WONDER WEEKS ACADEMY

BIG LITTLE FEELINGS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart