*** Persoalan utama yang perlu di jawab dahulu ialah, “Mengapa bayi kecil mengerang, meneran, meregang dan menggeliat dengan sangat banyak?”.
Puncanya ada beberapa:
1. Bayi kecil tidak mempunyai skil membuang air melalui alat kemaluan yang efektif. Ini kerana, semasa di dalam kandungan, bayi kecil membuang najis dan kencing melalui plasenta (tali pusat).
Kini, mereka harus belajar membuang air melalui alat kemaluannya (dubur dan qubul).
Membuang memerlukan otot perut di teran tapi dalam masa yang sama, otot anus (pelvic floor) perlu di ‘rilekskan’ supaya najis boleh di tolak keluar. Ramai bayi mengetatkan kedua-dua otot dalam masa yang sama, menyebabkan mereka cuba meneran najis ke laluan anus yang ditutup. Bayi perlu lebih masa untuk menguasai skil ini. Mengerang dan meneran adalah latihan yang mereka perlukan untuk menguasainya.
2. Mengerang, meneran, meregang dan menggeliat adalah latihan menguatkan otot-otot untuk banyak skil motor yang perlu dikuasai bayi seperti meniarap, bergolek seterusnya merangkak, berdiri, mengesot, berjalan, duduk dan berlari.
Kata mudahnya, semua otot perlu di ‘warm up’ atau di regangkan dan di kuatkan sebelum boleh guna.
Ia ibarat kita membuat senaman ringkas regangan badan sebelum memulakan acara larian atau marathon.
Kita juga guna perkataan ‘warm up’ untuk acara senanam ringkas tersebut yang bertujuan untuk elakkan otot terkejut dan kejang.
Maka, punca bayi mengerang, meneran, meregang dan menggeliat BUKAN bermaksud bayi tak suka di bedung. Ia kelakuan normal yang berlaku setiap masa untuk tujuan perkembangan dan pembesaran.
Jadi, apa ibu perlu buat bila bayi mengerang dan meneran?
Jika bayi telah kenyang dan mahu tidur, mengerang, meneran dan meregang ini ibu perlu abaikan. Maksudnya, ibu BOLEH dan/atau PERLU bedung bayi kerana mengerang, meneran dan meregang akan terus berlaku walau dalam tidur. Maka ramai bayi akan terjaga dan mula menangis KERANA TIDURNYA TERGANGGU dan kerana dia TIDAK TAHU CARA UNTUK SAMBUNG TIDUR KEMBALI.
TAPI..bedung sahaja TAK cukup!!! Bunyian mententeramkan (white noise) perlu di pasang!. Kenapa? Bayi manusia memang dah biasa tidur dalan rahim yang bising. Dan, white noise ini sifatnya ‘hypnotised’ (melalaikan/ mamai).
Jika bayi mahu menyusu selepas bangun tidur, mahu bermain dan tidak mengantuk, maka tentulah mereka marah bila di bedung sebab tak selesa nak mengerang dan menggeliat! Maka perlulah di lepaskan bedung mereka pada masa ini.eliat! Maka perlulah di lepaskan bedung mereka pada masa ini. 🙂