SHAKEN BABY SYNDROME

BUAI BAYI TIDAK ❌❌❌ SEBABKAN GEGARAN OTAK (SBS: SHAKEN BABY SYNDROME)

SBS hanya perlukan KEDUA BELAH TANGAN 🤲orang dewasa yang MARAH untuk terjadi.Itu saja.

1️⃣ Memetik laporan American Academy of Pediatrics pada Julai 2001:” Perbuatan menggoncang yang membawa kepada SBS adalah amat ganas hingga individu lain yang memerhati akan segera tahu bahawa perbuatan itu merbahaya dan boleh membunuh/mengancam nyawa bayi”

.Maka bagaimana boleh kita samakan situasi orang dewasa yang hanya mahu bermain, memujuk atau menidurkan bayi dengan situasi orang dewasa yang sedang marah atau hilang kawalan ?

2️⃣ Menurut National Center on Shaken Baby Sydrome, KESEMUA berikut TIDAK ❌❌❌ akan sebabkan SBS ( https://www.dontshake.org › learn-…Learn More – National Center on Shaken Baby Syndrome)

❌main timang-timang

❌menimang diriba/kak

i❌berjogging sambil menggendong anak

❌terjatuh dari katil atau perabot lain

❌kenderaan brek secara tiba-tiba atau melalui bonggol

Berapa ramai dari anda yang pernah mengalami insiden anak jatuh dari katil, kerusi atau dari pegangan anda sendiri?. Saya percaya ramai pernah mengalaminya. Walau jantung anda bagai nak tercabut ketika itu, majoriti anak tidak alami kecederaan serius. Paling teruk pun, anak anda menangis akibat terkejut serta mengalami sedikit lebam.

Jika terlepas dari pegangan atau jatuh dari katil pun tidak berkemungkinan menyebabkan SBS, apakah hujah yang nak menyokong perbuatan bermain timang, mendodoi,menggoyang dan mengguna buai boleh menyebabkan SBS?

3️⃣ “ SBS terjadi akibat tidak tahu cara yang betul menghentikan tangisan “: Dr Irene Cheah, Ketua Unit Neonatal , Institute Pediatrik HKL/SCAN TEAM , Surat Khabar Kosmo! 2 Januari 2016 (Jawatan Dr Irene yang dinyatakan adalah jawatan pada ketika temubual dengan Kosmo! pada 2016)

***” Kempen pencegahan dan kesedaran SBS yang penuh salah faham tidak patut diteruskan kerana ia tidak tepat dan boleh menyebabkan ibubapa yang tidak mendera bayi mereka akan merasa bersalah” (AAP,2001)

Ya, kemalangan atau kecederaan lain (bukan SBS) ketika mengguna buaian bayi boleh terjadi. Tetapi, selalunya ia berlaku akibat KECUAIAN MANUSIA, bukan buai itu sendiri.

Misalnya:

🔶 Bayi cedera ketika cuba di keluarkan dari buai oleh kanak-kanak lain bila tiada pengawasan ibubapa atau di tidurkan dalam buai berhampiran tempat kanak-kanak lain bermain/berada.

🔶 Bayi cedera ketika cuba turun dari buaian sendiri akibat sikap ibubapa /penjaga yang masih mengguna buai walau sedar bayi telah berusia dan lasak (tak sesuai lagi nak guna buai).

JANGAN HUKUM ALAT, HUKUM MANUSIA YANG SALAH MENGGUNA

JANGAN PUTAR BELIT FAKTA HANYA KERANA TAK SUKA ATAU TAK BERKENAN DENGAN SESUATU PERKARA MISALNYA BUAI. JIKA TAK SUKA ,TAK PERLU GUNA, TETAPI JANGAN SEBAR TIPU.

✍️USWATUN HASANAH MOHD HABIB

KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI

Dulu anti buai sebab ‘telan bulat-bulat’ cakap orang

Kini anti sebaran tipu, salah fakta, mitos dan dakwaan palsu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart