ANAK SUSAH TIDUR?

ANAK SUSAH TIDUR?
Anak siapa macam ni❓ 😄 Asal ajak tidur je mula la buat-buat bertenaga😂

3 silap BESAR biasa ibubapa bila ajak anak tidur 🛏️

1. Bila ibubapa AJAK anak untuk buat sesuatu yang dia patut dan perlu buat. Sebarang ayat AJAK hanya sesuai digunakan dalam situasi di mana anak ada pilihan untuk nak buat atau tak nak buat. BUKAN dalam situasi yang anak patut dan perlu buat.

Bila ibubapa guna ayat yang bersifat ‘AJAK’, maka anak akan sentiasa ada pilihan untuk tolak. Lepas tu, ibubapa pula yang naik geram dengan jawapan anak. Misalnya:

Ibu: “Adik, jom tidur..❓”
Anak: “Tak nak❗ “
🥶🥶🥶🥶🥶

2. Bila ibubapa tanya soalan bersifat ‘open end’ (terbuka). Misalnya: “ Bila kakak nak tidur❓ Dah lewat tau tak❓”

Anak: “Kejap lagi laaaa. Kakak tengah main dengan si tompok ni”

Bila 40x ibubapa ulang tanya soalan open end yang sama, 40x juga anak akan jawab dengan jawapan yang tak ada kesudahan. Bukan salah anak bila ibubapa sendiri yang tanya ‘bila’ kerana perkataan ‘bila’ itu sampaikan mesej bahawa apa-apa saja jawapan anak samada kejap lagi ke, petang nanti ke atau esok pagi ke akan dan patut di terima oleh ibubapa.

Lepas itu ibubapa juga yang stress. So NEVER EVER guna soalan bersifat open end kepada anak.

3. Bila ibubapa ugut, gertak dan marah.
Misalnya: “Abang, pergi tidur sekarang❗. Kejap lagi kita semua nak jalan pergi mall. Kalau abang tak tidur, mama tinggal je abang”.

Seriously mak❓ 🤥 KITA SEMUA tahu mak TAK AKAN tinggalkan anak kecilnya seorang diri di rumah. Anak pun tahu juga 😜 Maka, tak pelik pun jika puas ugut dan gertak anak tetap liat sampai akhirnya mak kena guna kekerasan seperti jerit macam petir, rampas mainan atau piat telinga barulah anak nak angkat punggung. Kekerasan tanda mak di pihak yang ‘kalah’ dan terdesak.

So, saya berikan 3 skrip alternatif untuk buat anak lebih mudah berkerjasama.

1️⃣Teknik Sandwich (Yes-No-Yes)
”Main ball memang seronok (YES)
Tapi sekarang masa tidur (NO)
Kita main bola lagi lepas bangun tidur”(YES)

2️⃣ Guna ‘Now & Then’ , BUKAN ‘ Kalau Tak’
SEKARANG kita tidur dulu LEPAS TU kita main”
”Adik nak main puzzle 🧩 atau nak pergi playground lepas bangun?

3️⃣Teknik Sprinkles
” Kita nak tidur sekarang ni. Jom lumba lari masuk bilik. Siapa menang, dapat makan ice cream 🍦 lepas bangun nanti“ (ibubapapastikan diri kalah)

Semoga bermanfaat 🥰

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart