NAK CERAI BEDUNG TAPI TAKUT ANAK SUSAH TIDUR

“Orang kata bedung ni masa dalam pantang je. Lepas tu dah kena cerai dah sebab dah besar.api..saya buntu nak tidurkan anak kalau tak bedung sebab dia macam struggle nak lelap..” 😮‍💨

“Anak saya sekarang tengah belajar meniarap. Masalah betul lah bila dia menangis setiap kali tertiarap bila saya letak kat katil. Macam mana ek? “ 😵‍💫

“Saya nak cerai bedung sebab rasa anak dah besar. Tapi dia masih kuat terkejut-kejut dalam tidur. Ish pening lah “😩

Baik, mula-mula kita kena tahu dulu bilakah anak perlu cerai bedung.

Ianya bila anak tunjuk SEMUA 3 ciri ini:

📌Kuat meniarap dengan sendiri➕

📌dalam keadaan berbedung➕

📌Waktu tengah tidur (tak sedar)

Selalunya hal ini berlaku kepada bayi berusia 4 bulan ke atas.

Bedung perlu di cerai serta merta bila anak tunjuk semua 3 ciri di sebut untuk elak risiko lemas tertiarap dalam bedung.

Jika anak TAK tunjuk semua 3 ciri tapi anda nak cerai bedung awal, ia boleh dilakukan jika anda lihat reflex moro anak (reflex terkejut-terkejut) sudah sangat kurang.

Jika masih tinggi reflex moro, lebih baik teruskan dulu bedung buat masa ini.

Seterusnya, kenalpasti apa maksud ‘susah tidur’ yang ibu risaukan itu.

1️⃣Adakah sebab mak tengok tangan anak sibuk menggaru kepala, gosok muka, main rambut, main jari, cuba cabut puting di mulut, nak bergolek dan sebagainya?

🩷Ini namanya nesting: iaitu anak sedang cuba rilekskan diri untuk cari mood tidur. Ya, ini BUKAN ‘susah tidur’.Ini tengah cuba nak tidur!

Macam orang tua jugalah yang pusing kiri kanan, betulkan bantal dan selimut sebelum lelap.Mak je yang salah faham.

Biarkan saja anak ‘bermain’ dengan dirinya. Usah bercakap, buat eye contact atau sentuh anak kerana ini akan ganggu anak yang sedang cuba self sooth untuk tidur.

Tinggalkan anak di baby cot dan pantau dari baby monitor atau celah pintu bilik.

Jika tak ada baby cot, pastikan anak selamat untuk di tinggal atas katil besar atau tilam bawah. E.g pasang net katil dan alihkan barang merbahaya .

Jika nak duduk dalam bilik bersama anak, pastikan duduk dan jadi batu saja depan anak.

Datang pada anak HANYA bila anak mula menangis betul (real cry). ❌ Bukan merengek ❌Bukan menangis kecil ❌ Bukan bunyi memanggil- manggil.

Bantu tidurkan anak cara biasa. Atau, jika nak latih anak pandai tidur sendiri, amalkan untuk JANGAN TERUS angkat dan bantu anak tidur cara biasa.

Boleh buat bunyi shhh (5-10 saat) ➡️tepuk tilam tepinya (5-10 saat) ➡️usap dada (5-10 saat) ➡️tepuk punggung (5-10 saat) ➡️beri puting(jika guna)/kembali usap dada 5-10 saat(jika tak guna puting)

Jika anak menangis dì sepanjang masa itu, angkat & tenangkan anak lepas step terakhir. Tidurkan anak cara biasa atau ulang latih seberapa banyak kali yang suka sebelum berhenti.

2️⃣Adakah sebab mak tengok anak cuba-cuba meniarap tapi marah bila tak berjaya atau anak marah bila tertiarap dan minta bantuan di terlentang kan ?

💙Ada 3 solusi untuk hal ini:

✅Letak bantal atau bedung anak pada waktu ini (SEBELUM TIDUR) dan lihat jika anak gembira self sooth dalam keadaan berbedung/di kepung bantal. Alih bantal & buka bedung lepas anak tidur

atau

✅Biar anak dan datang bantu terlentangkan HANYA bila anak nangis kerana penat tertiarap. Tolong terlentangkan anak dan keluar semula dari bilik @ sambung duduk membatu setelah itu.

Ulang datang bantu sehingga tiba waktu anak tunjuk dia letih mahu tidur dan tak mahu lagi ‘main tiarap-tiarap’.Ketika ini, boleh bantu tidur cara biasa atau respon cara di ajar dalam slide sebelum ini

atau

✅Jika anak dalam fasa sangat aktif belajar meniarap di mana anak sangat cepat tertiarap dan asyik ulang menangis marah minta tolong terlentang setiap kali dia tertiarap sebelum tidur , boleh bedung @ bantu anak tidur di badan e.g peluk, dodoi dan letak ke bawah (tilam/katil) setelah anak lelap. Buka bedung lepas anak lelap.

Buat yang sedang cuba latih anak tidur sendiri, boleh tangguhkan dulu latihan sehingga anak mahir meniarap-terlentang dengan sendiri

Semoga anda semua yang hadapi masalah ini dapat jawapannya dalam posting ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart